Kursus Intensif Bahasa Arab Al-Quran di Subang Jaya

Assalamulaikum...

Kepada anda yang berkelapangan masa dan berhampiran / berdekatan, di
MASJID AL-MUKMINUN USJ 2, SUBANG JAYA...

KERJASAMA ABQAF SDN BHD DAN MUSLIMAT MASJID AL-MUKMINUN,
 USJ 2 SUBANG JAYA, 
SELANGOR DARUL EHSAN 

KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB AL-QURAN

Kuasai Bahasa Arab Al-Quran dalam 30 Jam
Program Hari Biasa (Weekdays)
Sempena Cuti Sekolah

Peringkat 1
(15 Jam)
Disember 2013
(9,10,12,17,19,23 hb) Isnin, Selasa dan Khamis
Jam 2.00 ptg - 4.30 ptg

Peringkat 2
(15 Jam)
Tarikh akan diberitahu kemudian

Bertempat di
DEWAN DATO GHAZALI, MASJID AL-MUKMINUN, USJ 2, SUBANG JAYA

Bersama Trainer 
USTAZ FIRDAUS SULAIMAN

Yuran
RM 120 SAHAJA untuk peringkat 1

UNTUK MENDAFTAR ATAU MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI SEGERA:

HJH HALILAH MIDON: 016-6553344
HJH ROBIAH ABU BAKAR : 019-3300041
HJH KHORSIAH SHAHABUDDIN: 013-3215232

TESTIMONI Kursus Intensif Sarof Al-Quran (November 2013)

TESTIMONI Kursus Intensif Sarof Al-Quran (November 2013)


(1)


"Dengan menyertai program ini, kecintaan saya kepada bahasa Arab (bahasa syurga) semakin bertambah. Dengan hanya 3 huruf asal, satu perkataan Arab boleh dipelbagaikan. 



Maa Shaa Allah, begitu ruginya saya jika terlepas peluang mengikuti program ini. Syukur kepada Allah kerana telah memberi saya kesempatan dan kelapangan masa untuk mengikuti program ini. 




Dan secara jujurnya, program ini telah membuat saya ingin terus mengikuti program-program lain, seperti Kursus Intensif Balaghah al Quran dan Tafsir al Quran di bawah pimpinan ustaz. 




Syukran Jazilan."


Intan Maizura Hussin,
Taman Tun Dr Ismail, KL



=================================
Daftar Segera!
Hubungi:
Ustazah Maya : 012-2551 470 (telefon/sms/whatsapp)
Ustaz Ali Imran : 013-3133 983 (telefon/sms)
FB SEARCH : Abqaf (Akademi Bahasa al-Quran al-Firdausi).

www.facebook.com/firdaus.sulaiman
====================================


(2)

Alhamdulillah-saya bersyukur kerana setelah mengikuti intensif saya mula nampak dengan jelas perubahan perkataan dalam Bahasa Arab. Rupanya ada kata kunci tertentu (wazan-wazannya) yang memberi makna berbeza. 

Kalau kita rajin - In Shaa Allah - Bahasa Arab al-Quran boleh difahami sedikit demi sedikit.

Terima kasih ustaz, Syabas! Teruskan.

Normah Karim
Subang Jaya, Selangor. 

__________________________________________________


(3) 

Kursus ini amat membantu saya memahami bentuk dan fungsi wazan-wazan yang diajarkan.
Sebelum ini amat susah bagi saya untuk faham dan menghargai fungsi wazan dalam ilmu Sarof ini. 
Alhamdulillah, kursus ini telah mendorong saya belajar lebih lanjut lagi. 

Tuan Haji Zainal Kharib.  
Kelana Jaya, Selangor. 

___________________________________________________

(4)
Saya merasa bangga dan berterima kasih dapat mengikuti kursus ini dan dapat belajar dengan guru yang tenang dan jelas penerangannya. 
Walaupun belum menguasai sepenuhnya, tetapi saya rasa saya boleh faham. 
Sekiranya ada kursus ini lagi, saya akan belajar lagi. Tetapi ustaz buatlah di Subang USJ. 

Zakiyah Mohd Amin
Subang Jaya.

______________________________________________________ 

(5)
Sebelum hadir Kursus Intensif Sarof al-Quran ini, saya banyak tidak tahu tentang karakter perkataan Arab. Saya tidak tahu "ibu huruf" dan  huruf-huruf yang ditambahkan padanya. Saya juga tidak faham makna perkataan dan penambahan yang sesuai dalam bahasa Melayu atau Malaysia. Bahkan saya tidak tahu penggunaan kamus bahasa Arab. 

Alhamdulillah selepas hadir kelas ini, saya mula tahu "ibu huruf" dan penggunaan kamus. 
Yang lebih penting lagi, saya mula tahu perubahan dan penambahan huruf yang berlaku pada huruf Arab. 
Dan yang terpenting lagi, saya sudah tahu makna yang diperoleh daripada setiap penambahan huruf yang ada dalam bahasa Arab. 

Namun harapan saya, ustaz boleh buat kelas yang lebih lanjut lagi. 

Terima kasih.

Puan Meriam Bt Ali 
Jln Kelang Lama, Selangor.

===================================== 

Hubungi untuk pendaftaran dan maklumat lanjut:
Ustazah Maya : 012-2551 470 (telefon/sms/whatsapp)
Ustaz Ali Imran : 013-3133 983 (telefon/sms)
FB SEARCH : Abqaf (Akademi Bahasa al-Quran al-Firdausi).

www.facebook.com/firdaus.sulaiman
================================

Muallaf Belajar Bahasa Arab al Quran


Sister Syakirah Ng merupakan muallaf yang masuk Islam dan berkahwin dengan seorang muslim yang baik. Mereka berdua hadir Kursus Intensif Bahasa Arab al-Quran (KIBAA) yang kami adakan pada 5-6 & 12-13 Oktober 2013 lepas di Masjid al-Ghufran, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Kami berasa begitu hormat dan segan dengannya. Beliau berusaha memberi komitmen sepanjang kursus. Walaupun beliau tidak pernah langsung belajar bahasa Arab sebelum ini, bahkan beliau mengaku baru sahaja pandai membaca al-Quran, tetapi pencapaiannya amat memberansangkan.

Beliau menulis maklum balas program sebagai berikut: 

"Program ini amat bagus untuk orang seperti saya. Sebab saya belajar dari zero.

Saya amat menghargai dapat menuntut ilmu dalam kelas seperti ini. Seperti ustaz kata, jika asas tidak cukup mantap, masuk kelas mana-manapun akan "syahid" juga.

Sangat elok dapat belajar bahasa Arab dengan cara sebegini. Belajar ikut peringkat.

Jika masa mengizinkan, saya harap dapat belajar lagi dan dapat melanjutkan ke peringkat-peringkat seterusnya.

Saya rasa dalam kursus intensif ini, saya bukan sahaja dapat mempelajari bahasa Arab, bahkan pada masa yang sama dapat mempelajari tafsir al-Quran.

Sebelum ini saya hanya dapat membaca karakter-karakter [huruf-huruf] al Quran, tidak tahu di mana hendak berhenti. Saya juga tidak faham mana satu perkataannya.

Selepas kelas ini saya dapat menangkap beberapa perkataan yang kebanyakannya sudah sering dibaca dan faham maksudnya. Agaknya dapat memahami bahasa Arab ini juga dapat membantu bagaimana membaca al Quran dengan baik.

Terima kasih.
Nur Syakirah Ng.

Tahniah, saudari Syakirah. Semoga saudari berjaya menguasai bahasa Arab al-Quran dengan baik sehingga mampu menggali sendiri petunjuk hidup dan kebahagian daripadanya.

Amin.

Renungan...

Renungan ...



Pemberitahuan

PEMBERITAHUAN:


Akademi Bahasa Al-Quran Al-Firdausi (ABQAF): 

Assalamualaikum, kepada semua peserta dan bakal peserta Kursus Intensif Soraf al-Quran(KISA)
2&3 November 2013 , berlaku perubahan lokasi kursus. 

Lokasi Kursus kini berpindah ke:-


 Dewan Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kampung Sungai Penchala, 
60000 Kuala Lumpur
(bersebelahan Sambal Hijau).

Kami memohon kemaafan atas kesulitan ini.

 Sebarang pertanyaan atau masalah,Sila hubungi Ustaz Ali Imran : 013-3133 983 (telefon/sms) atau
 Ustzh Maya: 012-2551 470.


Jadual Kursus Intensif ABQAF 2013/2014

Kursus Intensif Bahasa Arab ABQAF diadakan satu kali dalam sebulan. Biasanya pada hujung minggu pertama dan kedua setiap bulan.
Berikut jadual kursus bahasa Arab ABQAF daripada bulan Oktober 2013 hingga bulan Februari 2014 :

===========================
★ Bulan Oktober 2013★
===========================
Kursus Intensif Bahasa Arab al Quran ( KIBAA )
Tempoh kursus : 4 hari
Tarikh : 5 - 6 Oktober dan 12 - 13 Oktober 2013
Masa : 8.30 pagi - 5 petang
Tempat : Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

===========================
Bulan November 2013★
==========================
Kursus Intensif Sarof al Quran ( KISA )
Tempoh kursus : 4 hari
Tarikh : 2-3 November dan 9-10 November 2013
Masa : 8.30 pagi - 5 petang
Tempat : Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

===========================
Bulan November dan Desember 2013★
===========================
Kursus Intensif Nahu Al Quran (KINA)
Tempoh kursus : 4 hari
Tarikh : 30 November-1 Desember 2013 dan 6-7 Desember 2013.
Masa : 8.30 pagi - 5 petang
Tempat : Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

==========================
★Bulan Januari 2014★
==========================
Kursus Intensif Balaghah al Quran ( KIBAQ)
Tempoh kursus : 4 hari
Tarikh: 11-12 Januari dan 18-19 Januari 2014
Masa: 8.30 pagi - 5 petang.
Tempat : Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

=========================
★Bulan Februari 2014★
=========================
Kursus Intensif Terjemahan dan Tafsir al Quran (KITTA)
Tempoh kursus : 4 hari
Tarikh kursus: 8-9 Februari dan 15-16 Januari
Masa: 8.30 pagi - 5 petang.
Tempat : Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

=======================
Daftar/Hubungi Segera:
=======================

Ustazah Maya : 012-2551 470  (telefon/sms/whatsapp)
atau
Ustaz Ali Imran : 013-3133 983 (telefon/sms)

FB SEARCH : Abqaf (Akademi Bahasa al-Quran al-Firdausi).

www.facebook.com/firdaus.sulaiman


KURSUS-KURSUS INTENSIF

MENGHAYATI KEINDAHAN BAHASA ARAB AL-QURAN

Al-Fadhil Ustaz Firdaus Sulaiman


“Memantapkan kefahaman terhadap bahasa Arab al-Quran melalui sistem pembelajaran yang seronok. sistematik dan berkesan.”

Ingin tahu rahsia bagaimana anda dapat menguasai bahasa al-Quran dengan mudah, pantas dan sistematik, sehingga anda dapat merasakan getaran kehebatan mukjizat agung ini ketika anda membaca atau mendengarnya; lalu menggali sendiri daripadanya kunci-kunci kejayaan, kekayaan dan kebahagian anda yang hakiki.

Ramai orang yang tahu membaca al-Quran, namun mereka tidak tahu makna dan kandungan yang dibacanya itu. Mereka seperti burung kakaktua yang menyanyi; atau umpama keldai yang membawa kitab-kitab berharga, mereka tidak mendapat manfaat daripadanya. 

Lebih teruk lagi adalah ada orang-orang yang percaya pada keagungan al-Quran, tetapi malas atau menangguh-nangguh untuk mempelajarinya. Mereka bukan hanya RUGI daripada segi pahala, tetapi juga rugi daripada segi mental, spritual bahkan seluruh aspek kehidupannya. Mereka pasti akan menyesal di dunia dan akhirat nanti.

Kita sedih melihat fenomena ini. Tetapi kita tidak boleh larut dalam kesedihan ini tanpa berbuat sesuatu. Kita mesti mencari jalan penyelesaian. Perkara ini pasti ada jalan penyelesaiannya. 

Di antara perkara yang boleh kami lakukan untuk membantu menyelesaikan perkara ini adalah dengan menyediakan kursus-kursus singkat, tetapi berkesan untuk membantu sesiapa yang berminat memahami dan menghayati keindahan bahasa al-Quran. 

Kursus ini telah terbukti berkesan membantu ramai orang sebelum ini. Beberapa orang peserta kursus yang lepas berkata :

“Program ini sangat berguna dan berkesan, terutama kepada saya yang langsung tidak pernah mengikuti mana-mana kelas bahasa Arab sebelum ini. Semoga program sebegini akan berterusan dan memberi manfaat kepada lebih ramai lagi.”

===================================================
Daftar/Hubungi:

Ustazah Maya : 012-2551 470  (telefon/sms/whatsapp)
atau 
Ustaz Ali Imran : 013-3133 983 (telefon/sms)

FB SEARCH : Abqaf (Akademi Bahasa al-Quran al-Firdausi).
www.facebook.com/firdaus.sulaiman

==============================================


Program kefahaman bahasa Arab al-Quran ini terdiri daripada 6 kursus. Masing-masing kursus memberi penekanan tertentu terhadap aspek penting dalam bahasa Arab al-Quran, namun ia saling berkaitan dan membantu antara satu dengan yang lain untuk memantapkan kefahaman peserta terhadap ayat-ayat al-Quran.  



KURSUS-KURSUS TERSEBUT IALAH : 


Peringkat Asas I :

Kursus Intensif Bahasa Arab Al-Quran (KIBAA)

Tempoh Program : 4 hari (8.30pg-5.00ptg)
                                                           
Objektif :
  •   Memperkenalkan bahasa Arab al-Quran dan sistem pembelajarannya yang berkesan.
  •   Melatih peserta untuk mengenali perkara-perkara asas dalam bahasa Arab al-Quran.
  •   Membiasakan peserta dengan tiga perkara penting dalam al-Quran, iaitu huruf bermakna, isim dan fi’il popular.
  •   Mengajar peserta untuk memahami 2 struktur asas ayat-ayat al-Quran
  •   Menjelaskan kepada peserta bentuk gaya bahasa atau uslub bahasa al-Quran.

Orang yang patut hadir : 
  •   Orang yang zero dalam bahasa Arab al-Quran dan berminat mempelajarinya.
  •   Orang yang telah menghadiri Kursus Intensif Bahasa Arab Komunikasi.
  •   Orang yang pernah mempelajari bahasa Arab, akan tetapi masih kurang faham atau masih keliru.
  •   Anda yang sudah faham bahasa Arab, akan tetapi ingin menambah lagi kefahaman.

Apa kata peserta: 

   “Saya boleh mengikuti program ini dengan baik. Latihan yang diberikan amat berkesan. Urutan subjek pun tersusun rapi.”

Peringkat Asas 2 :

Kursus Intensif Bahasa Arab Komunikasi (KIBAK)

Tempoh Program : 4 hari (8.30pg-5.00ptg)

Objektif :
  • Memperkenalkan bahasa Arab sebagai bahasa komunikasi yang mudah dan menyeronokkan.
  • Melatih peserta berkomunikasi dalam urusan hariannya dengan bahasa Arab.
  • Membekalkan peserta dengan kosakata bahasa Arab yang memadai untuk berkomunikasi dengan baik.

Orang yang patut hadir :
  •   Orang yang zero dalam bahasa Arab dan berminat mempelajarinya.
  •   Orang yang telah menghadiri Kursus Intensif Bahasa Arab al-Quran.
  •   Orang yang telah belajar bahasa Arab dan ingin memahirkan lagi bahasa Arabnya dari segi berkomunikasi.

===================================================
Daftar/Hubungi:

Ustazah Maya : 012-2551 470  (telefon/sms/whatsapp)
atau 
Ustaz Ali Imran : 013-3133 983 (telefon/sms)

FB SEARCH : Abqaf (Akademi Bahasa al-Quran al-Firdausi).
www.facebook.com/firdaus.sulaiman

==============================================





Peringkat Menengah 1 :

Kursus Intensif Soraf Al-Quran (KISA)

Tempoh Program : 4 hari (8.30pg-5.00ptg)

Objektif :
  •  Memperkenalkan sistem perubahan perkataan Arab yang penting diketahui para pencinta bahasa Arab.
  •  Menjelaskan bentuk asal perkataan Arab dan perubahan yang berlaku padanya.
  •  Menerangkan acuan-acuan perkataan Arab dan kesannya terhadap makna.
  •  Melatih peserta menterjemahkan ayat al-Quran berdasarkan sistem ilmu soraf.

  
Orang yang patut hadir :
  • Orang yang mempunyai asas bahasa Arab dan ingin mendalami ilmu soraf al-Quran secara mudah dan sistematik. 
  •  Orang yang telah menghadiri Kursus Intensif Bahasa Arab al-Quran dan Kursus Intensif Bahasa Arab Komunikasi.


Peringkat Menengah 2 :

Kursus Intensif Nahu Al-Quran (KINA)

Tempoh Program : 4 hari (8.30pg-5.00ptg)

Objektif :
  •  Memperkenalkan ilmu nahu al-Quran dengan mudah dan sistematik.
  •  Menjelaskan karakter perkataan Arab dan hubungannya dengan makna ayat al-Quran.
  • Menerangkan keadaan akhir perkataan Arab dan kesannya terhadap makna ayat al-Quran.
  • Melatih peserta untuk memahami struktur ayat al-Quran dan perubahan makna yang berlaku padanya.


Orang yang patut hadir :
  • Orang yang mempunyai asas bahasa Arab dan ingin mendalami ilmu nahu al-Quran secara mudah dan sistematik.  
  • Orang yang telah menghadiri Kursus Intensif Bahasa Arab al-Quran dan Kursus Intensif Bahasa Arab Komunikasi. 
Kata Peserta: “Program ini sangat baik. Selepas program ini saya sudah dapat faham al-Quran sedikit-sedikit. In Shaa Allah dengan latihan akan menjadi lebih faham lagi.”


===================================================
Daftar/Hubungi:

Ustazah Maya : 012-2551 470  (telefon/sms/whatsapp)
atau 
Ustaz Ali Imran : 013-3133 983 (telefon/sms)

FB SEARCH : Abqaf (Akademi Bahasa al-Quran al-Firdausi).
www.facebook.com/firdaus.sulaiman

==============================================

Peringkat Atas 1 :

Kursus Intensif Balaghah Al-Quran (KIBA)

Tempoh Program : 4 hari (8.30pg-5.00ptg)

Objektif :
  • Menerokai keindahan dan rahsia-rahsia bahasa Arab al-Quran.
  • Mengenali aspek-aspek keindahan bahasa Arab al-Quran.
  • Memahami kesan ilmu balaghah terhadap makna ayat al-Quran.

Orang yang patut hadir :
  •  Orang yang mempunyai asas bahasa Arab yang mencukupi.
  •  Orang yang telah menghadiri kursus-kursus anjuran ABQAF sebelum ini.



Peringkat Atas 2 :

Kursus Intensif Asas Terjemah dan Tafsir Al-Quran (KIATT)

Tempoh Program : 4 hari (8.30pg-5.00ptg)

Objektif  :
  • Melatih peserta untuk menterjemah ayat-ayat al-Quran dengan baik dan benar.
  • Memahami ayat-ayat al-Quran berdasarkan aspek bahasa dan keindahan balaghahnya.
  • Mengetahui asas-asas dan kaedah-kaedah pentafsiran al-Quran. 

Orang yang patut hadir :

  •  Orang yang mempunyai asas bahasa Arab yang mencukupi.
  • Orang yang telah menghadiri kursus-kursus anjuran ABQAF sebelum ini.

  
Cara Penyertaan :

*  Hadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh ABQAF pada tarikh dan tempat yang ditetapkan.

*  Anda boleh menganjurkan sendiri dengan kerjasama dan kesepakatan dengan ABQAF sesuai dengan terma dan syarat yang ditetapkan.


===================================================
Daftar/Hubungi:

Ustazah Maya : 012-2551 470  (telefon/sms/whatsapp)
atau 
Ustaz Ali Imran : 013-3133 983 (telefon/sms)

FB SEARCH : Abqaf (Akademi Bahasa al-Quran al-Firdausi).
www.facebook.com/firdaus.sulaiman

==============================================