KURSUS-KURSUS INTENSIF
MENGHAYATI KEINDAHAN BAHASA ARAB AL-QURAN
Al-Fadhil Ustaz Firdaus Sulaiman
“Memantapkan kefahaman terhadap bahasa Arab al-Quran melalui sistem pembelajaran yang seronok. sistematik dan berkesan.”
Ingin tahu rahsia bagaimana anda dapat menguasai
bahasa al-Quran dengan mudah, pantas dan sistematik, sehingga anda dapat
merasakan getaran kehebatan mukjizat agung ini ketika anda membaca atau mendengarnya;
lalu menggali sendiri daripadanya kunci-kunci kejayaan, kekayaan dan kebahagian
anda yang hakiki.
Ramai orang yang tahu membaca al-Quran,
namun mereka tidak tahu makna dan kandungan yang dibacanya itu. Mereka
seperti burung kakaktua yang menyanyi; atau umpama keldai yang
membawa kitab-kitab berharga, mereka tidak mendapat manfaat daripadanya.
Lebih
teruk lagi adalah ada orang-orang yang percaya pada keagungan al-Quran, tetapi
malas atau menangguh-nangguh untuk mempelajarinya. Mereka bukan hanya RUGI daripada segi pahala, tetapi juga rugi daripada segi mental, spritual bahkan seluruh aspek
kehidupannya. Mereka pasti akan menyesal di dunia dan akhirat nanti.
Kita sedih melihat fenomena ini. Tetapi
kita tidak boleh larut dalam kesedihan ini tanpa berbuat sesuatu. Kita mesti mencari jalan penyelesaian. Perkara ini pasti ada jalan penyelesaiannya.
Di antara perkara yang boleh kami lakukan untuk membantu menyelesaikan perkara ini adalah dengan menyediakan
kursus-kursus singkat, tetapi berkesan untuk membantu sesiapa yang berminat
memahami dan menghayati keindahan bahasa al-Quran.
Kursus ini telah terbukti berkesan
membantu ramai orang sebelum ini. Beberapa orang peserta kursus yang lepas berkata
:
“Program ini
sangat berguna dan berkesan, terutama kepada saya yang langsung tidak pernah
mengikuti mana-mana kelas bahasa Arab sebelum ini. Semoga program sebegini akan
berterusan dan memberi manfaat kepada lebih ramai lagi.”
===================================================
Daftar/Hubungi:
Ustazah Maya : 012-2551 470 (telefon/sms/whatsapp)
atau
Ustaz Ali Imran : 013-3133 983 (telefon/sms)
FB SEARCH : Abqaf (Akademi Bahasa al-Quran al-Firdausi).
www.facebook.com/firdaus.sulaiman
==============================================
Program kefahaman bahasa Arab al-Quran ini terdiri
daripada 6 kursus. Masing-masing kursus memberi penekanan tertentu terhadap
aspek penting dalam bahasa Arab al-Quran, namun ia saling berkaitan dan membantu
antara satu dengan yang lain untuk memantapkan kefahaman peserta terhadap
ayat-ayat al-Quran.
KURSUS-KURSUS TERSEBUT IALAH :
Peringkat
Asas I :
Kursus
Intensif Bahasa Arab Al-Quran (KIBAA)
Tempoh Program
: 4 hari (8.30pg-5.00ptg)
Objektif :
- Memperkenalkan bahasa Arab al-Quran dan sistem pembelajarannya yang berkesan.
- Melatih peserta untuk mengenali perkara-perkara asas dalam bahasa Arab al-Quran.
- Membiasakan peserta dengan tiga perkara penting dalam al-Quran, iaitu huruf bermakna, isim dan fi’il popular.
- Mengajar peserta untuk memahami 2 struktur asas ayat-ayat al-Quran
- Menjelaskan kepada peserta bentuk gaya bahasa atau uslub bahasa al-Quran.
Orang yang
patut hadir :
- Orang yang zero dalam bahasa Arab al-Quran dan berminat mempelajarinya.
- Orang yang telah menghadiri Kursus Intensif Bahasa Arab Komunikasi.
- Orang yang pernah mempelajari bahasa Arab, akan tetapi masih kurang faham atau masih keliru.
- Anda yang sudah faham bahasa Arab, akan tetapi ingin menambah lagi kefahaman.
Apa kata peserta:
“Saya boleh mengikuti program ini dengan baik. Latihan yang diberikan amat berkesan. Urutan subjek pun tersusun rapi.”
Peringkat
Asas 2 :
Kursus
Intensif Bahasa Arab Komunikasi (KIBAK)
Tempoh Program
: 4 hari (8.30pg-5.00ptg)
Objektif :
- Memperkenalkan bahasa Arab sebagai bahasa komunikasi yang mudah dan menyeronokkan.
- Melatih peserta berkomunikasi dalam urusan hariannya dengan bahasa Arab.
- Membekalkan peserta dengan kosakata bahasa Arab yang memadai untuk berkomunikasi dengan baik.
Orang yang
patut hadir :
- Orang yang zero dalam bahasa Arab dan berminat mempelajarinya.
- Orang yang telah menghadiri Kursus Intensif Bahasa Arab al-Quran.
- Orang yang telah belajar bahasa Arab dan ingin memahirkan lagi bahasa Arabnya dari segi berkomunikasi.
===================================================
Daftar/Hubungi:
Ustazah Maya : 012-2551 470 (telefon/sms/whatsapp)
atau
Ustaz Ali Imran : 013-3133 983 (telefon/sms)
FB SEARCH : Abqaf (Akademi Bahasa al-Quran al-Firdausi).
www.facebook.com/firdaus.sulaiman
==============================================
Peringkat
Menengah 1 :
Kursus
Intensif Soraf Al-Quran (KISA)
Tempoh Program
: 4 hari (8.30pg-5.00ptg)
Objektif :
- Memperkenalkan sistem perubahan perkataan Arab yang penting diketahui para pencinta bahasa Arab.
- Menjelaskan bentuk asal perkataan Arab dan perubahan yang berlaku padanya.
- Menerangkan acuan-acuan perkataan Arab dan kesannya terhadap makna.
- Melatih peserta menterjemahkan ayat al-Quran berdasarkan sistem ilmu soraf.
Orang yang
patut hadir :
- Orang yang mempunyai asas bahasa Arab dan ingin mendalami ilmu soraf al-Quran secara mudah dan sistematik.
- Orang yang telah menghadiri Kursus Intensif Bahasa Arab al-Quran dan Kursus Intensif Bahasa Arab Komunikasi.
Peringkat
Menengah 2 :
Kursus
Intensif Nahu Al-Quran (KINA)
Tempoh Program
: 4 hari (8.30pg-5.00ptg)
Objektif :
- Memperkenalkan ilmu nahu al-Quran dengan mudah dan sistematik.
- Menjelaskan karakter perkataan Arab dan hubungannya dengan makna ayat al-Quran.
- Menerangkan keadaan akhir perkataan Arab dan kesannya terhadap makna ayat al-Quran.
- Melatih peserta untuk memahami struktur ayat al-Quran dan perubahan makna yang berlaku padanya.
Orang yang
patut hadir :
- Orang yang mempunyai asas bahasa Arab dan ingin mendalami ilmu nahu al-Quran secara mudah dan sistematik.
- Orang yang telah menghadiri Kursus Intensif Bahasa Arab al-Quran dan Kursus Intensif Bahasa Arab Komunikasi.
===================================================
Daftar/Hubungi:
Ustazah Maya : 012-2551 470 (telefon/sms/whatsapp)
atau
Ustaz Ali Imran : 013-3133 983 (telefon/sms)
FB SEARCH : Abqaf (Akademi Bahasa al-Quran al-Firdausi).
www.facebook.com/firdaus.sulaiman
==============================================
Peringkat
Atas 1 :
Kursus
Intensif Balaghah Al-Quran (KIBA)
Tempoh Program
: 4 hari (8.30pg-5.00ptg)
Objektif :
- Menerokai keindahan dan rahsia-rahsia bahasa Arab al-Quran.
- Mengenali aspek-aspek keindahan bahasa Arab al-Quran.
- Memahami kesan ilmu balaghah terhadap makna ayat al-Quran.
Orang yang
patut hadir :
- Orang yang mempunyai asas bahasa Arab yang mencukupi.
- Orang yang telah menghadiri kursus-kursus anjuran ABQAF sebelum ini.
Peringkat
Atas 2 :
Kursus
Intensif Asas Terjemah dan Tafsir Al-Quran (KIATT)
Tempoh Program
: 4 hari (8.30pg-5.00ptg)
Objektif :
- Melatih peserta untuk menterjemah ayat-ayat al-Quran dengan baik dan benar.
- Memahami ayat-ayat al-Quran berdasarkan aspek bahasa dan keindahan balaghahnya.
- Mengetahui asas-asas dan kaedah-kaedah pentafsiran al-Quran.
Orang yang
patut hadir :
- Orang yang telah menghadiri kursus-kursus anjuran ABQAF sebelum ini.
Cara
Penyertaan :


===================================================
Daftar/Hubungi:
Ustazah Maya : 012-2551 470 (telefon/sms/whatsapp)
atau
Ustaz Ali Imran : 013-3133 983 (telefon/sms)
FB SEARCH : Abqaf (Akademi Bahasa al-Quran al-Firdausi).
www.facebook.com/firdaus.sulaiman
==============================================
0 comments:
Post a Comment