Muallaf Belajar Bahasa Arab al Quran


Sister Syakirah Ng merupakan muallaf yang masuk Islam dan berkahwin dengan seorang muslim yang baik. Mereka berdua hadir Kursus Intensif Bahasa Arab al-Quran (KIBAA) yang kami adakan pada 5-6 & 12-13 Oktober 2013 lepas di Masjid al-Ghufran, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Kami berasa begitu hormat dan segan dengannya. Beliau berusaha memberi komitmen sepanjang kursus. Walaupun beliau tidak pernah langsung belajar bahasa Arab sebelum ini, bahkan beliau mengaku baru sahaja pandai membaca al-Quran, tetapi pencapaiannya amat memberansangkan.

Beliau menulis maklum balas program sebagai berikut: 

"Program ini amat bagus untuk orang seperti saya. Sebab saya belajar dari zero.

Saya amat menghargai dapat menuntut ilmu dalam kelas seperti ini. Seperti ustaz kata, jika asas tidak cukup mantap, masuk kelas mana-manapun akan "syahid" juga.

Sangat elok dapat belajar bahasa Arab dengan cara sebegini. Belajar ikut peringkat.

Jika masa mengizinkan, saya harap dapat belajar lagi dan dapat melanjutkan ke peringkat-peringkat seterusnya.

Saya rasa dalam kursus intensif ini, saya bukan sahaja dapat mempelajari bahasa Arab, bahkan pada masa yang sama dapat mempelajari tafsir al-Quran.

Sebelum ini saya hanya dapat membaca karakter-karakter [huruf-huruf] al Quran, tidak tahu di mana hendak berhenti. Saya juga tidak faham mana satu perkataannya.

Selepas kelas ini saya dapat menangkap beberapa perkataan yang kebanyakannya sudah sering dibaca dan faham maksudnya. Agaknya dapat memahami bahasa Arab ini juga dapat membantu bagaimana membaca al Quran dengan baik.

Terima kasih.
Nur Syakirah Ng.

Tahniah, saudari Syakirah. Semoga saudari berjaya menguasai bahasa Arab al-Quran dengan baik sehingga mampu menggali sendiri petunjuk hidup dan kebahagian daripadanya.

Amin.

0 comments:

Post a Comment