TESTIMONI Kursus Intensif Sarof Al-Quran (November 2013)

TESTIMONI Kursus Intensif Sarof Al-Quran (November 2013)


(1)


"Dengan menyertai program ini, kecintaan saya kepada bahasa Arab (bahasa syurga) semakin bertambah. Dengan hanya 3 huruf asal, satu perkataan Arab boleh dipelbagaikan. 



Maa Shaa Allah, begitu ruginya saya jika terlepas peluang mengikuti program ini. Syukur kepada Allah kerana telah memberi saya kesempatan dan kelapangan masa untuk mengikuti program ini. 




Dan secara jujurnya, program ini telah membuat saya ingin terus mengikuti program-program lain, seperti Kursus Intensif Balaghah al Quran dan Tafsir al Quran di bawah pimpinan ustaz. 




Syukran Jazilan."


Intan Maizura Hussin,
Taman Tun Dr Ismail, KL



=================================
Daftar Segera!
Hubungi:
Ustazah Maya : 012-2551 470 (telefon/sms/whatsapp)
Ustaz Ali Imran : 013-3133 983 (telefon/sms)
FB SEARCH : Abqaf (Akademi Bahasa al-Quran al-Firdausi).

www.facebook.com/firdaus.sulaiman
====================================


(2)

Alhamdulillah-saya bersyukur kerana setelah mengikuti intensif saya mula nampak dengan jelas perubahan perkataan dalam Bahasa Arab. Rupanya ada kata kunci tertentu (wazan-wazannya) yang memberi makna berbeza. 

Kalau kita rajin - In Shaa Allah - Bahasa Arab al-Quran boleh difahami sedikit demi sedikit.

Terima kasih ustaz, Syabas! Teruskan.

Normah Karim
Subang Jaya, Selangor. 

__________________________________________________


(3) 

Kursus ini amat membantu saya memahami bentuk dan fungsi wazan-wazan yang diajarkan.
Sebelum ini amat susah bagi saya untuk faham dan menghargai fungsi wazan dalam ilmu Sarof ini. 
Alhamdulillah, kursus ini telah mendorong saya belajar lebih lanjut lagi. 

Tuan Haji Zainal Kharib.  
Kelana Jaya, Selangor. 

___________________________________________________

(4)
Saya merasa bangga dan berterima kasih dapat mengikuti kursus ini dan dapat belajar dengan guru yang tenang dan jelas penerangannya. 
Walaupun belum menguasai sepenuhnya, tetapi saya rasa saya boleh faham. 
Sekiranya ada kursus ini lagi, saya akan belajar lagi. Tetapi ustaz buatlah di Subang USJ. 

Zakiyah Mohd Amin
Subang Jaya.

______________________________________________________ 

(5)
Sebelum hadir Kursus Intensif Sarof al-Quran ini, saya banyak tidak tahu tentang karakter perkataan Arab. Saya tidak tahu "ibu huruf" dan  huruf-huruf yang ditambahkan padanya. Saya juga tidak faham makna perkataan dan penambahan yang sesuai dalam bahasa Melayu atau Malaysia. Bahkan saya tidak tahu penggunaan kamus bahasa Arab. 

Alhamdulillah selepas hadir kelas ini, saya mula tahu "ibu huruf" dan penggunaan kamus. 
Yang lebih penting lagi, saya mula tahu perubahan dan penambahan huruf yang berlaku pada huruf Arab. 
Dan yang terpenting lagi, saya sudah tahu makna yang diperoleh daripada setiap penambahan huruf yang ada dalam bahasa Arab. 

Namun harapan saya, ustaz boleh buat kelas yang lebih lanjut lagi. 

Terima kasih.

Puan Meriam Bt Ali 
Jln Kelang Lama, Selangor.

===================================== 

Hubungi untuk pendaftaran dan maklumat lanjut:
Ustazah Maya : 012-2551 470 (telefon/sms/whatsapp)
Ustaz Ali Imran : 013-3133 983 (telefon/sms)
FB SEARCH : Abqaf (Akademi Bahasa al-Quran al-Firdausi).

www.facebook.com/firdaus.sulaiman
================================

0 comments:

Post a Comment