7 KESILAPAN DALAM BELAJAR BAHASA ARAB AL QURAN


+ Berfikiran negatif atau berburuk sangka
 Ada orang yang dia belum belajar bahasa Arab lagi, tetapi dia sudah berkesimpulan bahasa Arab itu susah. Atau tak mula lagi, dia dah kata, saya tak boleh lah. Dia kalah sebelum berperang. Padahal, Allah memberi kepada seseorang ikut apa yang difikirkannya dan sangkakan. Bersangka baiklah, in shaa Allah Dia akan memberi yang terbaik.

+ Belajar main redah saja
Ada orang yang baru nak belajar bahasa Arab main redah masuk kelas, tanpa bertanya terlebih dahulu apakah kelas ini sesuai dengan peringkatnya atau tidak. Carilah kelas yang sesuai dengan peringkat kita. Apabila anda baru nak berjinak-jinak dengan bahasa Arab, lebih baik anda pastikan betul-betul bahawa kelas yang anda akan sertai itu adalah kelas asas. Salah kelas boleh menyebabkan anda "syahid" di tengah perjalanan.

+ Over Estimated dan over confident. 
Ada juga orang yang berlagak, dia menganggap semua pelajaran bahasa Arab itu senang dan ringan saja, boleh belajar sendiri, tak payah berguru. Ketahuilah mungkin hanya satu dalam seribu orang yang mempunyai kemampuan seperti itu. Carilah guru yang boleh membantu anda atau jadi tempat bertanya atau merujuk apabila berhadapan dengan kesukaran.

+ Berfikiran bahawa belajar sebulan boleh terus pandai. 
Kalau anda duduk di negara Arab, mungkin boleh boleh saja. Tetapi jika anda duduk di negeri yang tidak bercakap Arab, mungkin itu boleh termasuk over estimated juga. Belajar apa pun juga perlukan tempoh masa tertentu. Demikian juga belajar bahasa Arab. Letakkan tempoh masa yang munasabah untuk anda menguasai bahasa Arab al Quran. Evaluate diri sepanjang tempoh tersebut, tingkatkan mana yang perlu ditingkatkan dan perbaiki mana yang perlu diperbaiki.



+ Belajar bahasa Arab kerana ikut-ikutan, tanpa matlamat dan objektif yang jelas.
Orang seperti ini boleh "syahid" dalam perjalanan juga. Terutama apabila orang yang dia ikuti telah "syahid" terlebih dahulu. Tentukan sendiri matlamat dan objektif kita belajar bahasa Arab. Kemudian berusahalah mencapainya.

+ Suka membandingkan diri dengan orang lain.
Kadang rakan sama belajar laju faham dan kita lambat sedikit. Ketahuilah, anda adalah anda. Orang lain adalah orang lain. Anda tidak sama dengan orang lain. Berjalan lah ikut kelajuan kita sendiri. Dalam belajar bahasa Arab al Quran yang amat diperlukan adalah sabar dan istiqamah.

+ Tidak serius dan komited dalam belajar bahasa Arab al Quran. 
Kesilapan ini adalah punca utama kegagalan ramai orang yang belajar bahasa Arab al Quran. Serius dan komited lah belajar bahasa Arab al Quran dalam tempoh masa tertentu, nescaya anda akan mendapatkan manisnya buah usaha anda itu.

Selamat maju jaya.

--------------------------------------------------------------------------------------------
Maklumat lanjut mengenai ABQAF, sila hubungi Ustazah Silmi- 013-3633 226

0 comments:

Post a Comment