7 Tips Agar Doa Terkabul




1. BERTAKWA KEPADANYA DAN TAAT TERHADAP PERINTAHNYA

"Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi(segala perintah Ku)."

2. SEDEKAH

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepda kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya ." (QS. Ali Imran : 92)



3.YAKIN

"Hati itu laksana wadah dan sebahagian wadah ada yang lebih besar dari pada yang lainnya. Apabila kalian memohon kepada Allah maka mohonlah kepada-Nya sedangkan kamu merasa yakin akan dikabulkan, sesungguhnya Allah tidak akan mengabulkan doa dari hati yang lalai (tidak yakin)."
 (HR Ahmad)

4. PERBANYAK PUASA

" Tiga doa yang tidak ditolak oleh Allah: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang teraniaya. Allah mengangkat doanya ke awan dan membukakan pintu-pintu langit. Demi kebesaran-Ku, engkau pasti Aku tolong, walaupun bukan sekarang."
 (HR. Ahmad dan Tirmidzi)

5. BERDOALAH SECARA BERJEMAAH ( BERSAMA-SAMA)

Dari Habib Bin Maslamah Al-Fihri ra, beliau adalah orang yang dikabulkan doanya ia berkata, " Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Tidaklah kaum Mulim berkumpul, lalu sebahagian mereka berdoa, dan sebahagian lainnya mengucapkan 'amin', kecuali Allah pasti mengabulkan doa mereka." (HR. Ath Thabrani)

6. BERDOALAH JUGA UNTUK ORANG LAIN

Dari Abu Darda ra Rasulullah SAW bersabda, "Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama Muslim) tanpa pengetahuannya, melainkan melaikat akan berkata, Dan bagimu juga kebaikan yang sama."
 (HR Muslim)

7.  JAUHI LARANGAN ALLAH

Dari Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, " Seorang lelaki yang lusuh lagi kumal kerana lama bermusafir mengangkat tangan ke langit tinggi-tinggi dan berdoa, Ya Rabbi, Ya Rabbi...' Sementara makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan daging yang tumbuh pada dirinya dari yang haram, maka bagaimanakah doanya boleh dimakbulkan?"
 (HR Muslim)

-----------------------------------------------------------------------

Abqaf (Akademi Bahasa Al-Quran Al-Firdausi) ada menganjurkan
Kursus dan kelas Al-Quran dan Bahasa Arab Al-Quran pada peringkat dewasa dan kanak-kanak.

Sila Hubungi Ustazah Mimi 013-3633 226 untuk maklumat lanjut mengenai Abqaf.



Mahir Mengaji


PELUANG MEMPERBAIKI BACAAN AL QURAN 

Jom perbaiki bacaan al Quran kita dengan menyertai kelas MAHIR MENGAJI anjuran ABQAF.

Sistem pembelajaran yang menarik, mudah dan berkesan yang diajarkan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. 

3 Perkara Yang Anda Peroleh :

√ Perbaikan makhraj
√ Pemantapan tajwid
√ Membaca secara talaqqi

========================
Hanya untuk 10 orang sahaja
====================== ==

Setiap hari Ahad, pukul 8.30-10 pagi.

Kelas bermula Ahad 5 Mac 2017.

Tempat :

12A-2 Jalan PJU 7/16A, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor.


Hubungi langsung Ustazah Mimi:

>>>>> 013 363 3226

==========

Jom!

7 KESILAPAN DALAM BELAJAR BAHASA ARAB AL QURAN


+ Berfikiran negatif atau berburuk sangka
 Ada orang yang dia belum belajar bahasa Arab lagi, tetapi dia sudah berkesimpulan bahasa Arab itu susah. Atau tak mula lagi, dia dah kata, saya tak boleh lah. Dia kalah sebelum berperang. Padahal, Allah memberi kepada seseorang ikut apa yang difikirkannya dan sangkakan. Bersangka baiklah, in shaa Allah Dia akan memberi yang terbaik.

+ Belajar main redah saja
Ada orang yang baru nak belajar bahasa Arab main redah masuk kelas, tanpa bertanya terlebih dahulu apakah kelas ini sesuai dengan peringkatnya atau tidak. Carilah kelas yang sesuai dengan peringkat kita. Apabila anda baru nak berjinak-jinak dengan bahasa Arab, lebih baik anda pastikan betul-betul bahawa kelas yang anda akan sertai itu adalah kelas asas. Salah kelas boleh menyebabkan anda "syahid" di tengah perjalanan.

+ Over Estimated dan over confident. 
Ada juga orang yang berlagak, dia menganggap semua pelajaran bahasa Arab itu senang dan ringan saja, boleh belajar sendiri, tak payah berguru. Ketahuilah mungkin hanya satu dalam seribu orang yang mempunyai kemampuan seperti itu. Carilah guru yang boleh membantu anda atau jadi tempat bertanya atau merujuk apabila berhadapan dengan kesukaran.

+ Berfikiran bahawa belajar sebulan boleh terus pandai. 
Kalau anda duduk di negara Arab, mungkin boleh boleh saja. Tetapi jika anda duduk di negeri yang tidak bercakap Arab, mungkin itu boleh termasuk over estimated juga. Belajar apa pun juga perlukan tempoh masa tertentu. Demikian juga belajar bahasa Arab. Letakkan tempoh masa yang munasabah untuk anda menguasai bahasa Arab al Quran. Evaluate diri sepanjang tempoh tersebut, tingkatkan mana yang perlu ditingkatkan dan perbaiki mana yang perlu diperbaiki.



+ Belajar bahasa Arab kerana ikut-ikutan, tanpa matlamat dan objektif yang jelas.
Orang seperti ini boleh "syahid" dalam perjalanan juga. Terutama apabila orang yang dia ikuti telah "syahid" terlebih dahulu. Tentukan sendiri matlamat dan objektif kita belajar bahasa Arab. Kemudian berusahalah mencapainya.

+ Suka membandingkan diri dengan orang lain.
Kadang rakan sama belajar laju faham dan kita lambat sedikit. Ketahuilah, anda adalah anda. Orang lain adalah orang lain. Anda tidak sama dengan orang lain. Berjalan lah ikut kelajuan kita sendiri. Dalam belajar bahasa Arab al Quran yang amat diperlukan adalah sabar dan istiqamah.

+ Tidak serius dan komited dalam belajar bahasa Arab al Quran. 
Kesilapan ini adalah punca utama kegagalan ramai orang yang belajar bahasa Arab al Quran. Serius dan komited lah belajar bahasa Arab al Quran dalam tempoh masa tertentu, nescaya anda akan mendapatkan manisnya buah usaha anda itu.

Selamat maju jaya.

--------------------------------------------------------------------------------------------
Maklumat lanjut mengenai ABQAF, sila hubungi Ustazah Silmi- 013-3633 226