Daftar Segera

JOM DAFTAR SEGERA!



Sila hubungi 012-2551 470 sebelum 27 MAC 2014 untuk mendapatkan harga PROMOSI!!

Testimoni video 1


Testimoni Video dari seorang pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM.

Kursus Intensif Asas Bahasa Arab al Quran (KIABAA ) di Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes Rawang.




Alhamdulillah, selesai program 4 hari Kursus Intensif Asas Bahasa Arab al Quran (KIABAA ) di Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes Rawang. 

Hamba sangat bersyukur, kerana para peserta berpuas hati dengan pengisian kursus dan memperoleh manfaat daripadanya. 

Semua itu adalah anugerah Allah. Semoga kita dapat mensyukuri nikmat ini. 

Amiin.

Malu Pada Anak


Hamba terkejut dengan kenyataan makcik yang bertudung hitam yang ada pada gambar di bawah ini ketika menjelaskan sebab mengapa beliau masih bersemangat menyertai Kursus Intensif Asas Bahasa Arab al Quran (KIABAA) padahal beliau sudah berumur 75 tahun.

Beliau berkata: 

"Makcik malu pada anak-anak makcik kalau tak belajar."

Hamba jadi terkedu dengan kata-katanya. 

Beliau begitu komited mengikuti kursus tadi.

Semoga Allah membukakan pintu ilmu kepada makcik ini. 

Amin.



Rahsia Tidak Nyanyuk



Semasa di Kuching lepas hamba ada berkongsi tentang kesan hidup bersama dengan al Quran, iaitu boleh menghindarkan penyakit nyanyuk di usia tua. 

Kemudian selesai kuliah hamba didatangi seorang peserta dan berkongsi bagaimana ibu mertua dia yang tidak nyanyuk walaupun sudah mencecah usia 100 tahun. 

"Memang benar kata ustaz tadi itu. Ibu mertua saya yang berumur hampir 100 tahun memberi tahu kepada saya rahsia dia tidak babo (nyanyuk). Dia kata, ada dua perkara: solat malam dan membaca Al Quran." Katanya. 

Semoga kita dapat mengamalkannya.

Amin.

Kuching ,Sarawak

 PROGRAM YANG DIADAKAN DI KUCHING SARAWAK

Lawatan ke Kuching adalah untuk bercuti, tetapi hamba ingin mengambil kesempatan untuk bersilaturahim dan menyumbang apa yang hamba mampu secara percuma. 

Alhamdulillah, ada beberapa tawaran untuk silaturahmi kepada hamba.

Hamba mendapat jemputan  untuk mengisi perbincangan tentang "Penggunaan Bahasa Arab di Sekolah Tahfiz."

Hari Sabtu pula hamba dijemput menyampaikan program "Menghayati Keindahan Bahasa Arab al-Quran" di dewan YADIM Kuching.

Semoga Allah merahmati saudara-saudara yang menjemput hamba ini.

Aamiin.

Bersama guru tahfiz MATTARY

Pusat Perundingan Dan Pengurusan Al-Azim






Kursus Intensif Bahasa Arab Al-Quran di Subang Jaya

Assalamulaikum...

Kepada anda yang berkelapangan masa dan berhampiran / berdekatan, di
MASJID AL-MUKMINUN USJ 2, SUBANG JAYA...

KERJASAMA ABQAF SDN BHD DAN MUSLIMAT MASJID AL-MUKMINUN,
 USJ 2 SUBANG JAYA, 
SELANGOR DARUL EHSAN 

KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB AL-QURAN

Kuasai Bahasa Arab Al-Quran dalam 30 Jam
Program Hari Biasa (Weekdays)
Sempena Cuti Sekolah

Peringkat 1
(15 Jam)
Disember 2013
(9,10,12,17,19,23 hb) Isnin, Selasa dan Khamis
Jam 2.00 ptg - 4.30 ptg

Peringkat 2
(15 Jam)
Tarikh akan diberitahu kemudian

Bertempat di
DEWAN DATO GHAZALI, MASJID AL-MUKMINUN, USJ 2, SUBANG JAYA

Bersama Trainer 
USTAZ FIRDAUS SULAIMAN

Yuran
RM 120 SAHAJA untuk peringkat 1

UNTUK MENDAFTAR ATAU MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI SEGERA:

HJH HALILAH MIDON: 016-6553344
HJH ROBIAH ABU BAKAR : 019-3300041
HJH KHORSIAH SHAHABUDDIN: 013-3215232