Rahsia Tidak Nyanyuk



Semasa di Kuching lepas hamba ada berkongsi tentang kesan hidup bersama dengan al Quran, iaitu boleh menghindarkan penyakit nyanyuk di usia tua. 

Kemudian selesai kuliah hamba didatangi seorang peserta dan berkongsi bagaimana ibu mertua dia yang tidak nyanyuk walaupun sudah mencecah usia 100 tahun. 

"Memang benar kata ustaz tadi itu. Ibu mertua saya yang berumur hampir 100 tahun memberi tahu kepada saya rahsia dia tidak babo (nyanyuk). Dia kata, ada dua perkara: solat malam dan membaca Al Quran." Katanya. 

Semoga kita dapat mengamalkannya.

Amin.

Kuching ,Sarawak

 PROGRAM YANG DIADAKAN DI KUCHING SARAWAK

Lawatan ke Kuching adalah untuk bercuti, tetapi hamba ingin mengambil kesempatan untuk bersilaturahim dan menyumbang apa yang hamba mampu secara percuma. 

Alhamdulillah, ada beberapa tawaran untuk silaturahmi kepada hamba.

Hamba mendapat jemputan  untuk mengisi perbincangan tentang "Penggunaan Bahasa Arab di Sekolah Tahfiz."

Hari Sabtu pula hamba dijemput menyampaikan program "Menghayati Keindahan Bahasa Arab al-Quran" di dewan YADIM Kuching.

Semoga Allah merahmati saudara-saudara yang menjemput hamba ini.

Aamiin.

Bersama guru tahfiz MATTARY

Pusat Perundingan Dan Pengurusan Al-Azim